Wednesday, June 4, 2008

Janganlah fikir aku tak cool hanya kerana aku tak pakai t-shirt 'I heart KL' atau 'Saya Jiwa Kosong' dan tak minat Hujan.

Dari ketika aku pandai bercakap dan membaca, heroes aku adalah, tak lain dan tak bukan, ibu bapa aku.

Setiap hari bila aku pulang dari tadika, aku akan tanya ibu dan bapa aku tentang kesahihan setiap perkara baru yang cikgu aku ajar. Aku tak percayakan cikgu-cikgu tadika, aku hanya percaya ibu bapa aku sahaja. Waktu itu, aku rasa cikgu-cikgu tadika aku tak cerdik. Hingga ada satu insiden di mana aku telah mengunci cikgu tadika aku di luar kelas dan tak bagi dia masuk, lalu aku mula take over kelas tersebut dan mengajar kawan-kawan sekelas aku. Sorry Puan Normah..

Perkara yang sama berlaku pada zaman aku sekolah rendah. Hari-hari aku pulang dari sekolah dan periksa dengan ibu bapa aku kalau-kalau ilmu yang cikgu-cikgu aku ajar adalah betul atau penipuan semata-mata. Aku tanya tentang semua mata pelajaran. Bahasa Malaysia, English, Pendidikan Islam, Matematik, Alam dan Manusia, Pendidikan Seni, semua. Oh, kecuali Pendidikan Jasmani.

Bila aku masuk tingkatan satu, aku masih amalkan kaedah ini. Mat Nor dan isteri makin pening sebab lebih banyak mata pelajaran. Bila aku kata yang aku tak percayakan cikgu-cikgu, aku juga tidak percayakan kawan-kawan. Jadi segala apa yang mereka kata pada aku, aku akan tanya ibu bapa aku, betul ke tak. Sehinggalah pada satu hari....

Seperti biasa, Mak ambil aku dari sekolah. Dalam perjalanan dari sekolah ke rumah aku cerita tentang benda-benda yang aku belajar hari itu. Tiba-tiba aku teringat tentang insiden pelik yang berlaku pada aku di sekolah. Aku tanya Mak,

'Mak, tadi kat sekolah ada budak laki panggil Jebon 'Kepala buto', lepas tu semua orang ketawa. Kepala buto tu apa? Macam nerd ke?'

Mak aku tanya, 'Which boy?'

'Adalah, my classmate. Kepala buto tu apa?' (sampai sekarang aku tak tahu ejaan sebenar perkataan itu, maaf kalau salah)

Keesokan harinya, Mak hantar aku ke sekolah sampai aku masuk dalam kelas. Dia duduk sebelah aku.

Dia tanya 'Mana budak yang panggil kamu K.B tu?'

'Hah? K.B?'

'Kepala buto la. Yang kamu cakap kat mak semalam.'

'Oh. Yang tu.' Aku tunjuk ke arah Bidol (nama sebenar dirahsiakan).

Mak aku pergi duduk sebelah Bidol pulak. Aku tak tahu apa yang mak aku kata pada dia tapi sejurus selepas mak aku selesai cakap dengan dia lalu cium aku goodbye dan pulang, Bidol menangis macam Erra Fazira dalam filem Sembilu (Sembilu yang pertama, bukan Sembilu 2 atau Sembilu 2005).

Sebab persitiwa itu, semua orang takut nak kawan dengan aku. Aku sangat marah dengan Mak masa tu. Kerana dia, semua orang tak mahu kawan dengan aku. Jadi, aku berhenti berkomunikasi dengan Mat Nor dan isteri. Aku berhenti manja macam kucing. Ego. Aku jauhkan diri.

Sepanjang tingkatan 1, kerja aku hanyalah mengambil hati dan membodek budak-budak sekolah aku dan cuba jadi seseorang yang mereka suka, walaupun aku sendiri tak suka.

Aku hanya mahu diterima. Mahu fit in. Itu lebih penting.

Tabiat aku yang suka bertanya tentang setiap benda yang aku belajar di sekolah pada Mat Nor dan isteri, aku hentikan.

Sebab itulah bila pertama kali aku dengar perkataan 'palat', aku rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dalam kamus bergambar tak ada.

7 comments:

husni said...

apa? kau takde t-shirt 'Saya Jiwa Kosong'??? sungguh tak cool.

chantek (<--nampak ejaan nostaljik aku yang cool ni) frasa pelengkap kau letak kat link blog aku. aku tak lupa tanahair, tanahair yang dah cair lupakan aku.

aku baru graduasi minggu lepas dan mortar yang aku baling ke udara masih belum turun-turun lagi.

slamat!!

hus

nais said...

husni jakun.... sebab dia tak pernah gi graduation ceremony HAHAHAHA.

i have the I Heart KL tshirt. ape kau nak cakap ha?

Jebon said...

Husni : Tahniah Huzz!! Saya bangga dengan kamu, walaupun saya jarang tunjuk.

Nais : Ye la.. Kau la cool. Ada i heart kl tshirt, ada boyfriend kiyoot, ada assignments lagi, tak dapat makan tempe..

Angel On My Bike said...

junad.kisah mak engkau telah mengigatkan tentang kisah mak aku juga mase time sekolah. dia telah menangis dan bercerita emosi ttg harapan arwah bapak aku pd aku sebelum gone kuat2 dpn kelas dan terus pukul kepala aku mase amik report card dpn guru2 dan kawan. kesan dr itu,aku ponteng sekolah seminggu lepak gerai.

penulis kami said...

hahaha k.b eh ni memang lawak lu tulis. Apa bini mat nor cakap dkt mamat bidol tu?

-abg mat tora-

coklat panas said...

kalo ada kat kamus bergambar,sure laku giler kamus tuh..hehe

Anonymous said...

erk.. kepala buto tu ape...