Sunday, July 6, 2008

EnTri TanPa GuNa

Kepada semua, jika ada orang yang kamu tak berapa kenal tapi comel mengajak kamu keluar makan aiskrim, adakah kamu akan pergi?

Mungkin kamu akan kata tak salah kalau pergi. Mengeratkan silaturrahim lah katakan..

Tapi kalau dia hantar sms macam ni :

"HyE aWaKx~. JoMz TeMaN iTe (disebut seperti 'eater') MamAm eSkEm jApZ~~!!!!!!" (Hai awak. Jom teman kita makan aiskrim kejap!!!!!! <-tanda seru wajib lebih dari 5 untuk mengekspresikan rasa teruja yang amat sangat.)

Aku cuba untuk jawab "OkiEz, JoMz mAmAm eSkEm!(satu tanda seru cukuplah)" tapi tak boleh, sebab aku tak boleh cakap cara begitu. Aku.. aku.. tak bolehlah! Aku akan rasa seperti seorang remaja yang filem 'aksi' kegemarannya ialah Gerak Khas The Movie atau Gerak Khas The Movie 2 ataupun Maria Mariana 1 & 2 (Erra Fazira kan jadi polis dalam filem tu, dimana ada polis yang berambut palsu dan ada A. Galak, disitu pasti ada aksi, kan?).

Tapi yang paling penting, nak taip perkataan 'okiez' itu secara huruf besar kecil besar kecil saja aku dah ambil masa 5 minit.

Macam mana?

Kan dah kena padam dari buku telefon.

24 comments:

mr. izuan said...

kalau ade orang comel ajak aku keluar makan aiskrim aku ok jer. aku suka aiskrim hehe.

aku pun sebenarnya tak suka budak2 sekarang guna bahasa macam tu jugak. entah apa2 laa diorang nih. tolonglah gunakan bahasa melayu yang betul. aku pun rasa menyirap je kalau jumpa perkataan2 seperti mamam, cekci, fwen, etc. haih.

Angel On My Bike said...

aku pun penah jumpa org mcm ni. mmg patot dibuang dr phone book. semak lah.tp nape ko pun balas mcm tu junad?kenapaaaaa??kenapa??????

husni said...

nAPerZ pLAkZ aWaRK BoOaNg dIEr daRi phOnEboOk aWaRk~~? SiYan DieR taW~~! nUnTea dIeR nAk pEgi mAMam esKeM dGn sApErZ~~??

Jebon said...

mr. izuan : aku terkedu sebentar bila baca perkataan cekci. aku pikir lama tau apa benda tu. sexy eh? haduh.. aku paling tertekan bila ada lelaki berumur lingkungan 25 tahun cakap macam tu (rujuk pada komen husni)

miss b : baca betul-betul la gila! aku tak boleh mengumpul kekuatan untuk balas macam tu! tak boleh!

husni : nombor telefon anda telah selamat dipadam.

cempaka said...

dem, dia pelat ke ape?

husni said...

aku rasa lepas setiap entri kau kene buat ruangan khas yang bertajuk "penerangan untuk miss b".

jAnGaNlaRz pAdUmB nO tEpowN I jUnZ!!!:P

Nizzkee said...

bahahahahaha.... aku pernah date sorang ni yang ada kuasa nak tulis sms panjang kejap berhurup kecil, kejap berhurup besar.. aku dan digimon selalu gelak2 membacanya.. kiddo sangat weh... aku pun end up tak jadik laa date dia lama2..

itu ok lagi J.. as if hurup besar dan kecil wasn't enuff.. budak ni serious, siap substitute SEMUA "o"s dia for zeros ok... i wouldn't have the patience to WRITE that sms in the first place!

Nizzkee said...

P/s: Aku geli doh orang yang tulis makan as mamam, cute as kiut, friend as fwen, tido as titon... remang bulu roma aku... and you know how panjang my bulu roma is.. hahahahahaha...

Jebon said...

Cempaka : Wahai kiah, eh cempaka.. hai :) Mereka tak pelat. Mereka cuma cuba untuk tampil manja sahaja.

husni : siapa kamu?

nizzkee : Terima kasih atas contoh2 anda. Ada budak kat myspace spell jealous sebagai jelly-ousse. Dena mula-mula ingat budak tu tengah cakap pasal dessert.

Alma said...

kenapa dia nak kena cakap pelat dgn kau? euw!

JELONG! (bak pepatah kata darzie n yalee)

::n.u.r.u.l.a.i.m.i:: said...

hee..budak sekolah kot :)
eh jom makan ice cream :P

broken_nigina said...

"Mereka cuma cuba untuk tampil manja sahaja"

manja ke cacat?

Nizzkee said...

jelly-ousse... haha... macam jelly + mousse...

Jebon said...

alma : hahaha. memang jelong. budak-budak MySpace. Aduh..

nurulaimi : yeah, memang. budak-budak sekolah. tapi ada juga yang 23 tahun. macam mana tu? nak lempang ke tak?
jom makan aiskrim!

broken_nigina : sebenarnya nak cacat tapi tak manislah.. :)

nizzkee : sebab tu kita orang ingat dessert.

Angel On My Bike said...

aku rasa aku ada masalah membaca la atau aku membaca cepat.maaf la. aku lebih suka kau bercerita dpn2 junad.skarang kau faham tak apa aku maksudkan?

yaya schmaya :) said...

huruf besar huruf kecil huruf besar huruf kecil.... hahahaha sungguh the annoying kannnn

husna said...
This comment has been removed by the author.
husna said...

Yaaa.. aku juga ade kwn yg begini.. bosan tgk tgn kecik dia tekan2 hp, kejap2 tekan # (sbb hp nokia) utk kecik besar kecik besar.. fedap aku!

nisa said...

Tapi dia comel.. pergi lah teman dia mamam. Cara bertutur boleh berubah, kan?

Merissa K. said...

uhhh. orang like tht definitely deserved to be kicked in the ass. oh. or perhaps we should letak both their feet in their mouth. and tie up their hands so they cant send annoying text messages.

good thing u let em off easy by deleting the number.

:)

p/s: i wouldnt have done it any differently.

BeN`z said...

hehehe..entry ni dh lama, tp aku baru nak komen.
komen dr Nizzkee buat aku terpikir diri sendiri. :p ok, aku gune 'zero' menggantikn 'o' sbb malas nk tunggu huruf 'o' available lepas gune m@n.
dh jd mcm kebiasaan gune zero as 'o'

tp, kalo taip huruf kecik-besar berselang seli...aku xde daya utk itu.

hahaha! jebon, blog ko menceriakn ariku!

Feeq,awjan said...

haha.
lebey kurang la.
kalau aku reply balek.
( SorRy , I'm BuSy ,)
den delete
abes citer
haha

* TIYA * said...

hurufbesarHURUFKECIL
arghh...persetankan
kadang2 sakit hati bile cube mmahami message mcm ni
kiddo btol
AUWWW

nadya said...

sungguh vuduuusss.cam rempit.haha