Sunday, June 29, 2008

Aku tak pakai skinny jeans warna merah bukan sebab tak ada saiz.

Aku pasti kamu semua pernah berada di dalam situasi di mana kamu terlalu berhati-hati sampai tersilap langkah. Padahal jika kamu buat cool (sejuk?) sahaja, pasti semua berjalan dengan lancar.

Minggu lepas, set tempat kerja aku didatangi seorang tetamu jemputan khas. Namanya Norisah Baharom. Dia seorang pemain tenis berkerusi roda negara. Dia agak cool. Aku yang tak cool.

Aku mengaku aku bodoh sebab terlalu nak berhati-hati bila bercakap dengan dia. Padahal dia manusia biasa. Macam aku, macam kamu. Tapi kakinya lumpuh dan dia berkerusi roda, itu saja beza kami.

Kebodohan satu : Bila bercakap dengan dia aku buat muka kucing. Konon sweet la. Padahal bila aku buat balik muka kucing aku depan cermin, aku rasa nak tampar muka sendiri sebab buruk gila rupanya. Tak sweet langsung. Selepas bersembang kecil dengan dia sekejap, aku mengambil keputusan untuk pergi ke tandas untuk urusan number one. Sebelum masuk tandas aku ternampak reflection wajah aku di cermin sebelah pintu tandas itu dan dapati rambut aku kusut-masai. Waktu itu Norisah Bahrom berada tidak sampai 5 tapak jauh dari aku. Aku lihat rambut di cermin dan berkata, 'Wei, gila CACAT rambut aku!' Lepas tu aku baru tersedar dan rasa nak bunuh diri... Kenapa aku tak boleh kata 'Wei, gila TAK TERURUS rambut aku!' Kenapa perlu guna perkataan cacat? Kenapa? Kenapa?

Kebodohan dua : Sewaktu di sekolah, aku main tenis. Tahun itu, aku jadi presiden kelab tenis. Bukan saja presiden, malah akulah juga bendahari, akulah penasihat, akulah penolong kanan dan segala jawatan lain pun disandang oleh aku kerana aku seorang sahaja ahli kelab tenis tahun itu. Jadi aku buat-buat pandai bercerita dengan Norisah Bahrom tentang tenis. Menerusi pengalaman aku, selalunya orang yang bermain tenis, tangannya akan besar sebelah. Mengikut tangan mana yang digunakan untuk main tenislah. Aku guna tangan kanan, jadi tangan kanan aku sahaja yang berotot. Memang kelihatan kurang seimbang, sebab tu aku berhenti main tenis.

Jadi aku tanya dia (masih buat muka kucing), 'Norisah,dulu saya main tenis, tangan saya besar sebelah. Norisah tak ada masalah tu ke?'

Dia jawab, 'Oh, tak ada. Sebab saya main tenis guna tangan kanan, tangan kiri saya kena guna untuk control wheel chair ni, jadi seimbanglah.'

Aku lupa dia kena kawal kerusi roda. 'Junad(bukan nama sebenar) bodoh Junad bodoh Junad bodoh', aku sumpah diri sendiri dalam hati.

Aku jawab, 'Oh. Untunglah macam tu, dua-dua tangan ada muscle. Macam saya dulu sebelah je.' diikuti dengan gelak awkward.

*Insert bunyi cengkerik (crickets) di sini.

'Junad bodoh Junad bodoh Junad bodoh Junad bodoh'

10 comments:

Angel On My Bike said...

kalau aku norisah baharum aku da lama gilis kau dgn tayar kerusi roda tu.cis.biadap.

Enche' Kacak said...

bravo! haha

husni said...

hahahahahahaha....dol la kau. apsal kau tak tanya dia tukar rim kerusi roda die kat mana je? lagi layan...

Jebon said...

hahaha! kurang ajar punya huzz. aku nak jugak tanya kalau dia nak aku tolong pimp her ride. Bubuh bling bling ke. Tapi..aku batalkan je la niat tu. Tak manis pulak nanti.

broken_nigina said...

tumpang gelak.

norisah bahrom said...

Saya Norisah Bahrom..Kebetulan plak tengah cari2 sumber kt internet ternampak plak catitan nie.. mmmm....menarik gak citer jebon nie..

Mat Sentul said...

Hahahahahha.. Menghiburkan la blog kau ni...

i love me said...

jebon i really like ur idea.
aku baca balik entri lame2 ko.
gile ke aku tergelak sorang2?
aku tau entri ko bermaksud tersendiri.

jebon,
aku nak jadi kawan ko.
ko nk berkawan dgn aku tak?
ehehe;)

mun said...

hahahahahha aku xlarat gelak baca entry ni!! sumpah lawak!!!

calalily ziela said...

saya kawan norisah... dia ok jer... coooool gila kat ofis... memang kepala gila2